Malu Tapi Mahu


Awak, awak tahu tak yang awak sangat comel? Seriously, setiap kali saya terpandang wajah awak, jantung saya mesti akan berdegup dengan kencang. Muka saya akan jadi panas. Sebab, saya malu bila awak tengok balik saya. Saya malu. Malu meluahkan perasaan. Awak tahu tak yang saya sukakan awak? Kalaulah awak dapat dengar hati saya ini, alangkah baiknya. Tapi apakan daya, siapalah saya di hati awak. Awak tahu, setiap malam saya berdoa supaya kita dijodohkan bersama. Tapi itulah, doa sahaja tidak mencukupi. Saya tiada usaha untuk mendapatkan awak. Saya cuma mampu berkata-kata dalam hati. Tak apalah. Biar tuhan saja yang tentukan. Kalau betul kita memang ditakdirkan bersama, cuma satu yang saya janjikan. Saya akan cuba bahagiakan awak sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment