SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN

                                                       
 Assalamualaikum dan selamat petang..mood malas dah mai cikit..sebab malas sangat nak balik poli..kerana  hari-hari stress akan datang pada bila2 masa..tunggu je~adoi..selamat sem last tidak..kurus je badan nie haha...apa2 pon last sem nak yang terbaik sangat2...kena tabah apa pun dugaan yg datang ok fiena chaiyok!..selamat membaca..=)

Sabar dalam menghadapi ujian itu buahnya manis.

Masalah. Sebenarnya setiap orang tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah selagi hidup di dunia ini. Sehingga wujudnya statement extreme yang menyatakan bahawa;

“hidup ni hanyalah untuk menyelesaikan masalah.. lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang, penat! Seolah-olah hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah semata-mata.”

Tidak dinafikan, perasaan macam ini akan hadir dalam diri kita yang sudah terlalu penat dan lali berhadapan dengan masalah. Apatah lagi masalah yang dihadapi itu terlalu berat dan sudah tidak tertanggung lagi. Ungkapan sabar dan kata-kata semangat dari orang sekeliling seolah-olah tidak punyai makna lagi. Sehingga kita merasa, tidak ada orang dalam dunia ini yang paling besar masalahnya selain daripada kita. Masalah kitalah yang paling besar dan berat sekali. Tidak akan ada orang yang memahami apa yang kita rasa. Pandangan simpati daripada sahabat handai hanya sekadar pandangan kosong  yang tidak punyai apa-apa makna. 

Begitulah analogi beratnya perasaan yang dirasa apabila diri ditimpa masalah. Apatah lagi apabila masalah yang datang itu berangkai-rangkai. Belum selesai lagi satu masalah, masalah lain pula yang datang. Kekadang mengundang sesak di dada dan rasa hidup sudah tidak punya alasan lagi untuk merasa ceria dan gembira. Malah lebih teruk, kita merasakan diri sudah tidak punyai apa-apa lagi, kesabaran menipis, gunung berapi kemarahan mudah meletus dan kepercayaan bahawa Allah sentiasa menolong hamba-hamba-Nya yang sabar sudah mulai goyah.

Maka, di sinilah hati dan fikiran kita punyai peranan yang penting. Andai hati dan fikiran itu terpandu dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi kegawatan perasaan, hati, fikiran malah tenaga yang dimiliki, untunglah. Tapi, seandainya fikiran dan perasaan negatif sentiasa menyucuk minda dan menghasut hati, maka, rasa berputus asa akan mudah untuk menjengah jendela hati yang terbuka. Sehingga pengharapan dan keimanan kepada-Nya semakin menipis. Ditambah pula dengan amalan ibadah harian yang kurang sempurna.

       Gambar-gambar abiskan cuti sem








                                                                        atus..

Teman, masalah itu adalah satu bentuk ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T. untuk kita membuktikan sejauh mana kebenaran dan utuhnya aku janji iman kita kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment