Lupa memang Sifat Manusia


Assalamualaikum

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis menyatakan:

''Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,rosaklah sekaliannya,Ketahuilah!itulah yang dikatakan hati''.




Lupa memang sifat manusia. Namun sering kali manusia lupa akan kesalahan diri, tapi ingat dengan kesalahan orang lain.


Sebelum mengkritik orang lain, pikirkan dahulu apakah kita sendiri telah sempurna dan bebas dari kesalahan.Subhanallah

Kenal manusia  yang berlainan.Peribadi yang berlainan.Walaupun rambut sama hitam,tapi hati lain-lain.Tak siapa yang tahu.Jangan disangka kawan yang seperti malaikat di hadapan kita tidak boleh menjadi sejahat-jahat manusia di belakang kita.Jangan mudah percayakan orang lain.Apatah lagi jika orang itu baru kita kenal.Namun begitu,orang yang sudah lama kita kenal juga boleh tikam kita dari belakang.

Tak siapa yang tahu,hati manusia mudah berubah.Bukan manusia namanya kalau tidak ada sifat iri hati,dengki mahupon cemburu terhadap kejayaan dan kebahagian orang lain.Kadang-kadang aku juga cemburu melihat kejayaan orang lain,bukan bermakna nak kedekut ilmu tapi kita sendiri perlu usaha bertanya bukan tunggu bulan jatuh ke riba,semestinya bulan tu jatuh kena kepala sendiri la..malu bertanya sesat jalan ok!!!...Malah,menjadikan kerjayaan dan kebahagiaan orang lain sebagai dorongan untuk aku lebih menghargai kehidupan yang aku ada sekarang.Itulah cemburu yang positif.Bukan yang negatif.

Bagi aku, bukan mudah untuk percayakan seseorang.Aku tidak mahu bahagian atas penderitaan orang lain jika aku ada salah ,tanpa aku sedar,berdepan dengan aku sendiri.Aku tak mahu membina istana emas atas kesengsaran orang lain.bagaimana dengan kalian??Mungkin aku juga salah kerana lantang berbicara.Paling kurang pon aku sedar bahawa tidak manis rasanya untuk melakukan kejahatan terhadap orang lain.Maaf sekirannya aku bersalah.Maaf sekirannya aku melarang.Aku hanya mempertahankan hak aku yang kau rosakkan sebelum ianya,musnah ditelan lautan.Maaf wahai perempuan mahupun lelaki,Aku tidak percayakan kamu .

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul !!!
Berhati-hatilah berkawan..=)




Jangan biarkan hidupmu dipimpin oleh kata-kata orang lain tentangmu. Ini adalah hidupmu, kamu yg menentukan.

Dalam hidup, kamu harus menyadari bahwa yg menentukan siapa dirimu adalah kamu, bukan orang di sekitarmu, apalagi mereka yg membencimu.

No comments:

Post a Comment