"SELAMAT"-"SELESA"-"STABIL"


Assalamualaikum

Jika  betul-betul cinta dan TIDAK AKAN mengubah perasaan cinta  apabila mendapat halangan maupun tentangan. Halangan akan ubah menjadi laluan, tentangan akan pujuk habis-habisan menjadi persetujuan!


  "SELAMAT" - "SELESA" - "STABIL

Buatkan dia rasa SELAMAT bersama anda, buatkan dia rasa SELESA berbual tentang apa saja dengan anda dan buatkan dia rasa STABIL jika kekal bersama anda!




1. Selamat - Baik lelaki maupun wanita, kita semua mahu merasa selamat. Selamat dari apa saja ancaman dari level paling ringan atau berat seperti : Ancaman hutang/gossip/prejudis/umpatan/bekas kekasih/bekas suami/isteri/family/parents dan sebagainya... AVOID ALL THIS, dia akan rasa safe!

2. Selesa - Ramai yang tidak selesa untuk meluahkan apa saja yang dirasa kerana takut pasangan marah atau cemburu. Ramai yang tersekat perbualan mereka kerana tidak selesa dengan pasangan yang suka mengamuk dan terlalu cemburu. Ini membuatkan susah untuk berbual. Macamana nak bercinta?

3. Stabil - Bukan saja dari segi kewangan tetapi juga dari segi emosi. Stabil duit, tapi emosi kurang stabil... ianya hanya akan mengundang perpisahan. Kalau kewangan kurang stabil, lagilah susah nak cerita la kan. Wanita juga perlu punya kestabilan kewangan, bukan hanya lelaki saja. Barulah wanita boleh nak demand sikit.. Ini asyik menghabiskan duit laki... laki mana yang tahan?


ikhlas dari Razzi Rahman Brother Love.

No comments:

Post a Comment