Aku teriMa Nikahnya


Assalamualaikum..selamat malam..haha..mood nk pejam mata peluk bantal bucuk dan tidur...haha..sebelum tu nk share sikit la...tentang  AKU TERIMA NIKAHNYA...bukan nak cerita pasal awal ashaari & scha alyahya kahwin ye~haha..dan bukan aku yang kahwin kuikui..~.full stop~taPi nk share pasai buku-buku yang aku tayang kat korang nie..aku baca dah buku edisi istimewa AKU TERIMA NIKAHNYA mmg best...bila dulu tergedik-gedik nak kahwin sekarang baru tahu brtapa berat dan banyak benda yang perlu kita tahu sebelum nk kahwin...haha..so kalau nk tahu  lebih lanjut.. beli la tak rugi pon okeis~mnambah ilmu pengetahuan..=)


AKU TERIMA NIKAHNYA merupakan gabungan buku best seller Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Ia diterbitkan dengan hard cover bersama tajuk depan dengan  Gold Hot Stamping bersama dan teks dalam yang dicetak dwi warna. Turut dihiasi dengan petikan-petikan daripada setiap artikel untuk kemudahan pembaca. Dihasilkan dengan sasaran menjadikannya sebagai cenderamata dan hadiah perkahwinan, juga sesuai sebagai koleksi peribadi.


                              


Sesuai  dijadikan hantaran perkahwinan

Sesuai dijadikan hadiah perkahwinan

Sesuai dijadikan hadiah buat tersayang


TESTIMONIAL


AHMAD FEDTRI YAHYA
TV3
“Sebagai pengikut setia Ustaz Hasrizal, saya gambarkan bahawa beliau sebagai pemikir yang memiliki satu keupayaan untuk mengupas sesuatu perkara dengan tepat mengena sasaran, ringkas tapi mantap, pedas tapi jujur, panas tapi ikhlas dan berapi tapi beralas. Bahasa yang mudah dan tidak berbelit-belit begitu pantas dirakam oleh minda. Inilah kualiti pendakwah yang akan dirindui untuk zaman-berzaman. Sehingga kini, saya amat terkesan dengan satu titipan dalam Aku Terima Nikahnya. Beliau menulis, “Seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia- CINTA TANPA SYARAT.” Saya rasa kalimah ini sahaja sudah mampu menjentik jutaan mata dan hati untuk menangis dan menginsafi akan kasih sayang ibu bapa sebagai anugerah terindah di mayapada. Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskhah cinta gerbang perkahwinan, malah membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi berharga setiap Muslim. Inilah antara kupon daripada Ustaz Hasrizal untuk kita jadikan bekalan menuju gapura syurga abadi … ”




CHE AMRAN IDRIS
Kumpulan RAIHAN


“Aku Terima Nikahnya banyak memberi panduan kepada para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Banyak isu yang diketengahkan adalah hasil pengalaman penulis yang telah menempuh asam garam perkahwinan dan mempunyai anak sebagai anugerah Allah. Remaja yang suka bercinta perlu membaca buku ini agar dapat mengenal erti cinta dan tanggungjawab sebagai sepasang suami isteri, bapa, ibu, anak, ahli keluarga dan sebagainya. Penulis mengolah buku ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sketsa hidup yang terkandung di dalam buku ini tentunya menjadi daya penarik kepada para pembaca untuk mengikuti kandungan selanjutnya. Bacalah Aku Terima Nikahnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya para ibu bapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan yang diinginkan … . Kandungan buku ini menggarap pengalaman pasangan muda yang bertemu jodoh di bawah landasan syariat agama. Menarik dan penuh sarat dengan unsur nasihat. Kisah di dalam buku ini sekali-sekala mencuit hati. Sungguhberguna dan tak rugi membacanya!”

PROF. MADYA HJ. MD IZUDDIN HJ. ALI (IZZI)
Pensyarah/Perunding Motivasi

Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku terima nikahnya…” dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan. DOs and DON’Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat. 
Renung-renungkan dan selamat beramal.




Jom membaca.membaca jambatan Ilmu

No comments:

Post a Comment