UnTuKKu...





Engkaulah wanita hiasan dan penyeri dunia..
Disebalik hijabmu, terselindung dengan wajah yang penuh dengan nur..
Engkau mempunyai hati yang bersih..
Hati yang sentiasa mencintai allah dan rasul..
Dan hati yang sentiasa menghormati dan menyayangi ibumu..
Engkau pertahankan hijabmu kerana dunia memandangmu dengan penuh kebanggaan..
Dan percayalah, sesungguhnya allah juga turut memandangmu dgn penuh kebanggaan...
Gadisku, saban ketika gerak gerimu kuperhati..
Akhlakmu yang terpelihara dari sebarang noda..
Maruahmu yang kau jaga dari segala prasangka..
Dan yang paling melembutkan hati..
Tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati..
Bila engkau bertembung denganku, engkau tunduk malu..
Sahabatku, engkau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap..
Dibalut dan disimpan di tempat selamat..
Engkau juga ibarat gagak putih yang sentiasa dikelilingi oleh gagak hitam.,.
Engkau tak pernah melupakan tugasmu menghambakan diri pada allah..
Jauh disudut hatiku..
Aku berbangga dengan imanmu, taqwamu, akhlakmu, dan amalanmu..
Gadis solehah, sebelum mengakhiri coretanku ini...
Aku titipkan firman allah s.w.t kepadamu..
Sesungguhnya wanita solehah untuk lelaki soleh..
Dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat..
Akhir kalam, kau idaman semua lelaki..
Sebaik baik wanita ialah wanita solehah..
Dan wanita solehah itu adalah perhiasan dunia..
Wasalam..;)

4 comments: